Monday, 4 August 2014

Hari Kesepuluh | Gambar Barang Terakhir Yang Saya Beli


Salam sayang (yang terakhir) Cikgu Nir hehe. 

Hmmm barang yang terakhir saya beli? Banyak! Tetapi.. Kesemuanya dengan menggunakan wang ibu bapa. Barang raya apa, tak salah pakai duit mereka sekali sekala heheks. Kalau pakai duit saya pula.. Mana lah saya ingat Cikgu! Hahahaha. Disebabkan sayang saya pada Cikgu, saya sanggup memikir buat seketika barang apa yang terakhir dibeli sehinggalah saya sudah pun ingat. 

Dengan menggunakan wang, barang terakhir yang saya beli ialah.... Heheheheh



Iya, betul apa yang awak lihat itu! Lilin "Merry Cookie" dari kedai kedua kegemaran saya (yang pertama sudah pasti Yankee Candle disebabkan harganya yang lebih murah berbanding yang ini hahah), Bath and Body Works! Terdapat beberapa lagi barang yang dibeli apabila berada di sana tetapi memandangkan cikgu hanya minta satu.. Hahah. Kedai ini baru juga di buka pada awal tahun ini di.. Ala barang mahal sudah pasti di tempat yang mahal bukan? Jadi satu satunya kedai BBW yang pertama di buka di Asia ialah di Marina Bay Sands Shoppe, Singapura. Pertama kali ketika saya pergi ke sana bersama kakak Dpi 2; Shafikah dan Mira, saya sudah pun jatuh cinta dengan kedai tersebut. Itu yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk pergi ke sana buat kali kedua walaupun selepas keluar dari kedai tersebut, dompet saya seperti "terbakar", kosong. Boleh jadi gila ketika melihat barang barang yang dijual, tidak kira minyak wangi atau lilin dan sebagainya! Apa apa pun yang berbau wangi sudah pasti akan menjadi kegilaan saya. 

Selama ini saya hanya dapat melihat barang barang itu dari laman web YouTube. Tidak sangka saya sudah dapat melihat dan memilikinya sendiri! 

Manakala, secara online pula saya membeli.. Alamak hahaha. Mungkin cikgu akan kata saya "obsess" dengan barang ini tetapi, dah cikgu tanya terpaksa saya jawab. 


 Ya hehehe! Lilin yang berbau "vanila cupcake" dari kedai kegemaran saya (seperti yang sudah disebutkan diatas..) Yankee Candle! 'Ya ampun, baunya enak banget dah saya nggak bergurau. Kalau nggak percaya, cuba sendiri dong'. Saya berasa sangat gembira apabila lilin ini tiba di depan pintu rumah! Rasa seperti mendapat hadiah, cuma bezanya ia dibeli dengan menggunakan wang sendiri ya hahaha. 

Waduhhhhhh selama ini tidak sabar rasanya hendak menghabiskan blog sepuluh hari ini. Tetapi bila sudah tiba di pengakhiran, terdapat perasaan sedih di hati yang kecil ini. Tak dapat saya nak kongsi rahsia pasal anak nanti cikgu hahaha k merepek. Ok la, sampai disini sahaja.. Oh ya! Maafkan saya jika blog ini sangat membosankan! Saya mengakhiri penulisan blog saya dengan, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 Xoxo,
Isabelle ♥

Hari Kesembilan | Gambar Tempat Makan Kegemaran Saya


Salam mahabbah Cikgu Nir hehe. 

Wah senangnya topik hari ini! Kenapa la tidak semua yang seperti ini? Kan senang, saya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memikirkan apa yang ingin dituliskan. Mana lah tahu kalau tulis lebih lebih nanti semua Cikgu tahu pasal saya dah tak seronok la! Apa yang nanti tinggal untuk heheh si bakal ok bye. 

Soalan yang mudah bagi saya dan sudah pasti bagi yang lain juga! Dan.. Saya perasan terdapat beberapa teman lain juga memilih kedai yang sama iaitu.. Ya betul itu! Kedai Lapan Belas Pemasak, yang lebih dikenali (dan hanya dikenali saya rasa heheks) sebagai Eighteen Chefs! Saya pasti cikgu sudah bosan membaca perkara yang hampir sama di setiap blog kami yang memilih 18 Chefs disebabkan harganya yang murah dan lumayan, tidak lupa juga dengan keenakannya sekali! (Manakan tidak orang Cina yang masak, dah masuk tandas tak pakai air, keluar pun tak cuci tangan hahah). Tetapi, apa boleh buat. Perkara perkara itu yang membuat kedai ini menjadi pilihan heheks. 

Disebabkan kedai ini baru juga dikenalkan pada tahun lepas, mereka mempunyai strategi yang amat berkesan untuk menarik perhatian umum lebih lebih lagi para pelajar dengan memberikan harga pelajar yang sangat berpatutan. Dengan enam ringgit empat posen harga Singapura, seorang pelajar boleh membeli sepinggan nasi, air teh O' ais limau dan satu sudu (maksud saya "scoop" haha) ais krim. Murah bukan? Siapa yang tidak suka pada benda yang murah? Yang pasti, bukan saya ya! 


Lebih lagi dengan hajat memboikot kedai makan kegemaran kebanyakkan remaja; McDonald's, tempat ini yang akan menjadi pilihan kita! Selain itu, tempat ini juga lebih sihat jika ingin dibandingkan dengan makanan segera yang sudah pun terbukti amat berbahaya untuk kesihatan badan (fakta untuk menyedapkan hati sendiri supaya tidak terasa sedih)! 

Disini terdapat beberapa kenangan bersama "ma baes" (awww sweet nya heheks) ;


Selepas penat berperah otak ketika peperiksaan semester pertama, kami membuat keputusan untuk menggembirakan perut kami serta meluangkan masa bersama dengan yang tercinta di Eighteen Chefs. Kata orang perut kenyang, hati pun senang!


Bagi gambar ini pula saya kurang pasti ya, maaf hehe


Waaah sudah pasti ramai yang ingin meluangkan masa mereka yang sangat berharga itu, bersama kedua dua Sibawieh Alsagoff! Alhamdulillah, terasa amat beruntung dapat meluangkan masa sambil makan bersama mereka walaupun terdapat masa di mana saya terasa kurang pandai ketika bersembang bersama hahahahahahahahah. (Sebenarnya Hanisah sendiri yang meminta saya meletak gambar ini di blog saya ya hahaha)

Selain itu terdapat banyak juga kedai makan kegemaran saya seperti Manhattan Fish Market, Nando's atau dimana mana kedai yang menyediakan makanan laut. Tetapi seperti apa yang sudah saya katakan sebelum ini, kedai ini sahaja yang mampu saya bayar ketika bersama teman teman, kerana "instant cash" saya yakni ibu bapa saya, tidak ada disaat itu hahaha. 

Baiklah, jumpa lagi pada blog entri yang terakhir *wohooo* 


 Xoxo,
Isabelle ♥

Sunday, 3 August 2014

Hari Kelapan | Lagu Yang Kena Dengan Mood Saya Sekarang


Salam sayang Cikgu Nir heheh. 

Ok bagi soalan ini sudah pasti semua sudah dapat meneka lagu apa yang kena dengan mood saya, dan pastinya bagi yang lain juga! Iaitu, yang mempunyai hubungan dengan Hari Raya! Seperti tahun tahun yang lepas, terdapat satu lagu raya yang akan menjadi pilihan "replay song" bila raya hendak tiba sehinggalah raya pun pergi meninggalkan kami. Ya, sudah pasti lagu tersebut akan bertukar setiap tahun dan apabila saya mendengar semula lagu itu pada bila bila waktu, akan terkenang kesemua kenangan manis yang berlaku pada raya tahun tersebut. Coolz tak? (Walaupun saya sedar ia sebenarnya aneh. Tetapi, mana ada manusia yang mengaku dirinya aneh? Hehehekzzz).  Bagi tahun ini, lagu apa dan penyanyi mana yang menjadi pilihan saya?


Hari Raya - Iamneeta & Najwa Latif
Hari Raya
Genap sudah sebulan berpuasa
Hari Raya
Mari ramai-ramai kita gembira

Di hari raya
Kita saling bermaaf-maafan
Hari Raya
Mari ramai-ramai jemput ke rumah

Sesudah sebulan kita berpuasa
Menahan lapar dan juga dahaga
Erti puasa memberikan kita
Nikmat sebenar hari aidilfitri

[*] Hari Raya
Genap sudah sebulan berpuasa
Hari Ra-a-a-ya
Mari ramai-ramai kita gembira
Di hari raya
Kita saling bermaaf-maafan
Hari Ra-a-a-ya
Mari ramai-ramai jemput ke rumah

Mari balik kampung
Jumpa ayah ibunda
Mari balik kampung
Kita rai lebaran 

Soalan nya, mengapa lagu ini yang saya pilih? Ahhh itu dia. Rancak lagu ini (bagi saya seorang mungkin hehe) memberi saya "feel" seperti menyambut raya tahun ini di kampung pada hari pertama! Alamak, aneh lagi hehe. Lirik lagu tersebut yang menyebut tentang balik kampung betul betul membuatkan saya ingin menjadikan impian saya sebagai satu realiti. Sejak kecil lagi saya sudah mempunyai keinginan untuk menyambut raya di kampung! Suasana nya lebih meriah, lebih seronok dan banyak lagilah lebih. Pada malam raya, mereka sudah pun berkumpul di kampung masing masing, tidak seperti kami semua yang ada di Singapura. Malam raya masih lagi berkemas, memasang langsir dan sebagainya di rumah masing masing. Tak seronok lah gitu! 

Saya pasti ada yang "eh zah (atau belle dengan nama manja heh), bukan setiap hari kedua raya awak pergi Malaysia balik kampung ke?". Ya benar, akan tetapi kampung yang saya maksudkan disini ialah yang dibuat dari papan ya, bukan batu! Saya rasa kesemua kampung saudara mara yang saya ada di sana, tiada satu pun yang dibuat dari papan. Ok tidak, mereka tidak tinggal di kampung pun malah rumah seperti banglo dan teres. Cuma segelintir dari mereka yang masih tinggal di kampung yang dibuat dari batu. Sungguh merugikan. Tetapi, tetap alhamdulillah! Saya bersyukur mempunyai ramai saudara mara disana yang membuatkan saya tertunggu tunggu untuk meraikan raya kedua di kampung! (jika ingin dibandingkan dengan raya hari pertama, jujur dari hati yang murni ini hahahah). Tidak semua yang mendapat peluang sebegini. 

Jadi, harapan saya sekarang ialah.. Dapat berkahwin dengan orang sana supaya impian saya menjadi suatu kenyataan hahaha. Ala, not bad apa orang Malaysia yang anak Dato ke anak Tauke sos ke atau mungkin..... Seorang penulis buku seperti Cikgu Nir? Heheheh. Mereka lagi kaya dari orang Singapura. Malah, ada yang lebih "handsome" daripada yang ada di sini. Betul tak cikgu? Berani cikgu cakap tak ehhhhhh. Ingat saya tidak tahu ke siapa bakal *ehem* suami cikgu hehehekzzz. Jangan lupa jemput, saya tunggu ya kad undangan perkahwinan Cikgu #taktaumalu. 

Ps, lagu bagi raya tahun lepas 2013 ialah 10 Jari Aidilfitri - Forteen 


 Xoxo,
Isabelle ♥

Friday, 1 August 2014

Hari Ketujuh | Majlis Perkahwinan Idaman Saya


Salam sayang Cikgu Nir! Hehe.

Waduhh waduh waduh. Malu lah saya nak pandang cikgu lepas ini! Semua rahsia saya sudah ada di genggaman cikgu! Nasib baik tidak ada soalan tentang berapa jumlah anak yang saya inginkan! (heheks main main je, sayang cikgu!)

Bagi menjawab soalan ini, saya pasti ramai juga dari teman teman saya sudah tahu tentang rancangan saya. Senang sahaja, kita buat setakat apa yang wajib. Di pagi hari, kita pergi ke Masjid Sultan bagi majlis akad nikah berserta para undangan yang terdekat dengan ahli keluarga kedua dua pihak. Saya pernah juga terfikir untuk mengadakan akad nikah saya dengan disaksikan rumah Allah yang indah itu (feeling macam ashraf muslim ah gitu. Tetapi part payung emas tu heheh tak payah lah, rela hati saya tolak ya!). Akan tetapi saya sedar amat sukar untuk menjadikan impian saya sebagai satu kenyataan (disebabkan visa, mahram dan sebagainya), dengan cara lain terpaksalah saya buat di rumah saya sahaja iaitu di ruang solat. 


Hehehekzzz. Pun jadi lah kan? Akad nikah yang berlatar belakangkan Kaabah. Fuh, mantap haha. Nanti dalam gambar boleh nampak macam "real" (walaupun saya sedar tak nampak real sangat tapi.. Kenapa tidak (why not) hahahah). Jadi cukup la setakat ini jika saya dijodohkan dengan anak tok imam masjid. Saya pun nak zuhud macam nisah yang menginginkan temu janjinya di adakan di warung! (Jez kidding. Lurve nisah foreverzzz hehe)



Disebabkan saya orangnya agak "simple" saya inginkan majlis perkahwinan yang ringkas tetapi lawa. Bagi saya, (bagi saya seorang eh yang lain jangan terasa ke macam ouch ke tak payah la hahah) tak perlulah kita membazir wang semata mata untuk mengadakan majlis besar besaran atau mendapat pujian dari orang ramai. Memang benar, sedap dengar bila orang puji, tetapi kalau hanya setakat buat sehari buat apa? Buat hari hari lain, berdarah asik mendengar orang cakap pasal hutang keliling pinggang. Selepas hari itu tiada siapa lagi yang akan ingat betapa besarnya walimah yang kita adakan itu, kecuali kita sendiri (disebabkan penderitaan yang dihadapi selepas itu haha).




Saya rasa mungkin pada hari perkahwinan saya nanti saya hanya ingin menyediakan makanan ringan sebegini. Nasi beriyani ke nasi minyak ke lauk merah ke semua tak ada. Mana tidak, dah penat penat saya bersiap, beli baju kawin segala, tetapi tidak ada yang pandang saya disebabkan semua sibuk makan. Apa guna mendapat gelaran raja sehari tetapi tidak ada yang pandang? Buang duit je cheeet. Hahaha cikgu tolong eh jangan macam "kenapa dengan budak ni, tak nak siap kan makan la apa la.. Tak apa mungkin dah besar nanti bila nak kawin dia paham". Ye la mana tidak, cikgu bagi soalan yang belum perna terlintas dalam fikiran saya pun (Ceeeeeh bedek seh haha). Tetapi alhamdulillah selepas memikirkan apa yang ingin dituliskan untuk topik hari ini, saya sudah sedikit sebanyak dapat membayangkan betapa seronokanya majlis perkahwinan saya nanti! Awww saya pasti Cikgu sudah dapat membayangkan majlis perkahwinan cikgu dengan si 🐧 tahun depan nanti bukan?! Alalala. 

Balik kepada topik, dari gambar gambar di atas sudah pasti lokasi yang diinginkan tidak ada di Singapura. Jadi, nak tak nak hehehe terpaksa saya berkahwin di Germany. Mana tahu ada doktor yang sudah dijodohkan tuhan untuk saya? (Hahahah ok merepek just cut this off)

Selapas itu.. Apa lagi! (Maaf cikgu kalau selepas ini nampak macam mentel sangat ke apa hahahahahah tapi, cikgu da tanya kan, jadi saya jujur k) Kapal terbang pasti telah menunggu kami untuk ke destinasi bulan madu kami! Awww seronoknya! Disana boleh la kita mengambil gambar "post wedding" bersama si dia. 



Olah Cikgu saya rasa sudah terlalu banyak yang saya kongsi kan untuk topik hari ini dan saya rasa cukuplah sampai disini sahaja. Cikgu pun mesti tak larat nak baca panjang panjang. Kalau seronok tu lain laaaa kisah dia haha. 


 Xoxo,
Isabelle ♥

Sunday, 27 July 2014

Hari Keenam | Gambar Haiwan Yang Saya Ingin Jadikan Haiwan Peliharaan


Salam sayang dan mahabbah Cikgu Nir! Buat kali yang keenam (baru keenam?!? Alaaa.. sabar je zah lagi empat hari sahaja, awak pasti boleh!) 

Hehehe ok jadi topik kita pada hari ini agak seronok kerana ia merupakan tentang haiwan peliharaan yang saya inginkan! Jadi.. Apakah yang menjadi pilihan saya rasa rasanya? Hmmm saya rasa apa yang awak sedang fikirkan itu salah ya! Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya pun untuk memelihara Arnab. Kerana apa? Najis yang dikeluarkan arnab akan membuat saya terasa geli untuk meminum air kegemaran saya iaitu "bubble tea". Pasti ada yang tertanya apa kena mengena air itu dengan najis arnab? (Kalau sudah tahu, alhamdulillah. Tapi ini hanya maklumat bagi yang tidak tahu. Saya pun nak jugak orang menimba ilmu bila baca blog saya!) Hahhhh itu dia! Kalau awak semua nak tahu, najis arnab itu rupanya seperti "black pearl" yang ada pada air tersebut. (Sabar, kenapa da macam ajar budak budak ni hmmm krik...) ok yang pasti kalau hendak tahu lebih lanjut sila rujuk kepada Sheikh Google ya! Tak ingin saya ada gambar najis arnab di blog saya ini hahaha. 

Ok balik ke topik asal (sorry la saya ini berbangsa India. Jadi maaf lah kalau saya terlalu belit ketika menulis heheks), binatang yang saya ingin cuba untuk memelihara buat kali ini ialah... Babi Guinea (yang terlebih kenal sebagai Guinea Pig), tapi jangan silap! Mereka tidak mempunyai sebarang ciri yang sama dengan babi pun! Rupanya seperti ini.. 


Alololo comel bukan? Walaupun saya mengaku saya lebih suka binatang yang boleh dipeluk sambil meraba bulunya (hahaha rasanya perkataan meraba tidak kena pada konteks ini, tapi.. Ala paham paham je la hehe) seperti kucing. Akan tetapi disebabkan saya pernah memelihara lebih dari 15 kencing, saya rasa sudah tiba masanya saya cuba binatang lain (Awwww tiba tiba saya teringat kenangan menjaga 12 kucing sekaligus sehingga terdapat sebuah bilik khas untuk mereka!).

Oleh kerana saya rasa takut untuk memegang binatang seperti Hamster (anehnya saya pernah memelihara 4 ekor dahulu!) disebabkan saiz badan mereka yang sangat kecil, saya rasa Guinea Pig ini adalah pilihan yang sangat tepat! 



Ahhhh comel sangat! Yang lebih menarik perhatian saya ialah hidung dan mulut mereka! Selain itu mereka hanya memakan makanan sihat seperti sayur sayuran dan buah buahan. Bererti peluang untuk mereka mencuri makanan saya sangatlah rendah, tidak seperti kucing kucing yang pernah saya pelihara dahulu! (nak makan pun tak tenang asik lompat naik meja makan. Nanti dah curi ayam, bawak lari abeh sembunyi makan, konon konon tak nak share. Geram nyaaa hehhh). 

Ok lah saya rasa sudah cukup panjang! Jumpa lagi.. Seperti biasa. Hahaha


Xoxo, 
Isabelle ♥

Hari Kelima | Betapa Penting Pendidikan Bagi Saya


Salam sayang Cikgu Nir heheheh (bila la mau game adui haha) 

Hari kelima yang berjodolkan Pendidikan ini merupakan satu satunya topik yang agak serius ya bagi projek 10 hari ini, jika ingin dibandingkan dengan topik-topik yang lain (oleh itu, mode serius : on). 

Pada era moden zaman kini, pendidikan merupakan salah satu perkara yang boleh dikategorikan dalam list terpenting. Soalan pertama yang diajukan semasa "interview" pekerjaan ialah setinggi manakah kelulusan yang kita miliki (maksud pertama disini ialah selepas ditanya namanya, umurnya dan sebagainya lah. Itu pun saya tahu hehe).

Ya, pendidikan sangat sangat penting bagi saya dan juga bagi setiap individu lain. Manakan tidak, sekarang bila berjumpa dengan bakal ibu bapa mertua untuk memetik bunga di kebun (ceh bila saja masa saya hahahahahah), salah satu soalan yang ditanya oleh kebanyakkan ibu bapa ialah setinggi mana pembelajaran yang kita ada. Ini disebabkan jika seseorang itu, seperti contoh mempunyai kelulusan universiti, sudah pasti ibu bapa si wanita tidak lagi akan merasa bimbang untuk mengahwinkan mereka kerana kehidupan anaknya akan terjamin, lagi lagi jika ingin dilihat pada konteks Singapura hari ini. 


Trek tepi kejap hehehe.. (lebih dikenali sebagai side track ya hahah), Cikgu carilah saya! Wah tak sangka ya teman teman, Cikgu Suhana sudah pun mengajar saya ketika saya masih lagi berada di peringkat tadika (get it? Please jangan cakap tak hahaha) Ok, dah jumpa? Kalau sudah, sebelum apa apa, saya ingin meminta maaf jikalau Cikgu terasa rimas ke apa dengan stail tudung ala ala Maarif saya itu (Ya teman-teman, jangan terperanjat atau terpegun, saya yang di barisan pertama, kedua dari kanan itu ya bukan kedua dari kiri. Jangan main kasar sangat, raya nak dekat! Haha) Apa nak buat, bila kecil sahaja saya swek - pandai naik naikkan tudung segala. Sekarang dah besar minta kena whack. Mungkin dibelakang saya itu "geng" tudung pendek saya ya hahaha (ada hati lagi dulu nak pakai tudung pendek. Nasib baik tak kena syarah ke, stare ke.. Kalau sekarang berani sangat, pakailah! Tengok apa jadi nanti haha). 

Gambar ini diambil semasa masih lagi di Nursery iaitu pada umur 4 tahun! Begitu pentingnya pendidikan pada zaman kini sehingga pada umur serendah 4 tahun sudah disediakan tempat belajar. Mana lah tidak perangai remaja kini, masih lagi seperti kanan kanak, yang menonton Barbie lah Princess lah. Mungkin semasa kecil dahulu beliau tidak sempat, disebabkan kesuntukan waktu (hahaha cikgu paham tak apa saya nak sampai kan? Saya rasa macam belit sangat tapi.. dah memang dalam darah daging saya. Jadi cikgu tak boleh salah kan saya la kan hahah) 

Saya pasti jika awak cintakan seseorang lelaki separuh jiwa awak pun (remaja zaman kini kan kadang suka "Baby, you are half of me" segala) awak tetap akan risau jika kelulusan dia hanya setakat peperiksaan peringkat O dan ada hati hendak mengajak awak membina masjid bersama. Lainlah ceritanya jika dia itu seorang pelukis ke, pelakon ke, anak tauke sos cili ke. Yang Steve Job , Bill Gates itu semua hanya lah 1/382829383891 peratus yang gagal semasa persekolahan tetapi akhirnya berjaya, jangan tersilap ya! Hehehe ok la jumpa lagi selepas ini! 


Update: Terpaksa saya letakkan bukti bahawa yang kedua dari kanan itu memanglah saya memandangkan ada segelintir yang bersangka saya kedua dari kiri :( 

 Xoxo,
Isabelle 

Saturday, 26 July 2014

Hari Keempat | Gambar Bersama Sahabat Baik Yang Paling Saya Suka


Salam sayang Cikgu Nir (lagi sekali) hehe. 

Bagi entri keempat ini, Cikgu hanya meminta gambar bersama teman baik jadi adakah ia bermakna saya harus memberi 200 gambar untuk memenuhi syarat sekurang kurangnya 200 perkataan? Waduhhh boleh sahaja kerana saya pun sudah penat menaip hehehe (hanya mengikut apa yang diminta ya!)


Bersama "tomato puree" kami, Mawaddah Karimah (kedua dari kanan yang kini telah berhijrah ke Madrasah Aljunied kerana sudah terlalu bosan dengan sekolah sendiri. Hahaha ok tidak. Untuk mengejar masa depan yang diimpikan). Beliau satu-satunya kawan yang mampu menukar warna mukanya dalam masa sekelip mata! Suruh sahaja dia berdiri di depan khalayak ramai, mukanya pasti tukar menjadi kemerah-merahan. 


Jalan Raya "tiba-tiba" (lebih dikenali sebagai impromptu hahah). Dalam gambar ini pula terdapat seorang sahabat kami yang sudah mengangkat kaki keluar dari sekolah tercinta disebabkan minatnya pada seni. Alhamdulillah Sofiy Asadi (bertudung coklat) sekarang sudah pun berada di sekolah yang diminatinya, NAFA.

  

Alalala comelnya satu satu hehehe. Gambar ini dipetik semasa waktu peperiksaan Olevel. Disini, Aishah Amad sudah pun berada di Madrasah Wak Tanjong (yang melipat tudungnya atas kaca mata - pelik kan? Tetapi sekarang selepas berada di MWTI sudah pun berubah stail nya, tidak lagi seperti Cikgu Suhana. Tudung mesti mau ada jaga babe. Mana tau nanti ada yang nak masuk minang ke.. ). Lagi pelik lagi, pada mula nya Darwisyah Putri Binte Anuar (!!!) merupakan jin segala jin yang menghasut hampir kesemua rakannya untuk turut serta masuk ke Wak Tanjong. Tetapi akhirnya, batang hidungnya juga yang saya nampak masih ada di Alsagoff hahahah. 

Selain itu Atiqah Biden (paling atas), yang merupakan Raja segala "burp" dalam kelas kami atau mungkin dalam hidup saya juga, telah pun menyambung pelajarannya di Nanyang Poly. Hahaha ini jujur ya bukan hiperbola! Masih lagi di bulan Ramadhan mana boleh tipu kan? (Disclaimer: saya sudah pun meminta izin daripadanya untuk menulis ini di blog saya. Jadi ia bukan seperti "ayooo zah bukak aib dia depan Cikgu Nir" atau "ayooo mengumpat" ya! Isya, jangan risau jangan bimbang, anda di tempat kedua heheh. 


Awww. Di gambar ini pula, Zafirah telah membuat keputusan untuk melarikan diri ke Republic Poly. Mungkin disebabkan tekanan yang dialaminya di Alsagoff membuatnya tidak lagi berdaya mengangkat kepalanya. Alhamdulillah, kepala berat kira ilmunya lebih banyak dari apa yang mampu diterimanya. 

Gadis yang turut memakai kaca mata hitam, yang ada dibahagian paling kanan itu.. Ala takkan Cikgu tak kenal kan? Mustahil. Berkali kali namanya disebut di Bahas 4pm sebagai pembahas terbaik. Ya jangan terkejut, dia merupakan mantan pelajar Alsagoff ya! Ain Syabana juga, alhamdulillah, sekarang selamat di MWTI atas kehendak sendiri bukan atas hasutan Darwisyah haha. 


Heheheheh Nur Syakirah! Dia merupakan salah satu teman yang paling rapat dan alhamdulillah masih lagi rapat hingga kini (dan selama lama nya inshallah hehehe). Walaupun pada awalnya saya agak sedih apabila dia membuat keputusan untuk menyambungkan pelajarannya di Al-Maarif kerana ia hanya bererti kita tidak lagi dapat bertemu sesering dahulu. Akan tetapi, siapa kata kita harus bertemu setiap hari untuk tetap menjadi teman baik? #ameeeqs


Ini hanya lah gambar "selitan" hehehe ok bye gambar seterusnya..

      

Di gambar ini pula Hanania Khiyarah (paling belakang), sudah pun turut pergi ke MWTI. Seramai 4  rakan kami yang telah pun membuat keputusan untuk menambahkan jumlah pelajar di sekolah Barney (sudah termasuk dua tiga yang dihasuti Dariwsyah ya jangan lupa). 


Muka seposen selepas kertas peperiksaan Olevel yang terakhir iaitu Sastera (let's take a moment and appreciate muka Sakinah hahaha nak step cute lagi, menyamps). Heheh ok Cikgu nampak tak yang di sebelah saya itu? Yang comel comel ala Korea. Bukan Aisyah selamat ya, itu Melayu asli, kalau nak cakap comel pun hmmmm tak payah la. Yang di sebelah kiri saya! Disebabkan adanya Nurul Nazurah di kelas kami, ia sedikit sebanyak memberi saya "feel" seperti berada di negara Korea! Mukanya yang putih lagi melepak (haha ada such thing kan Cikgu?) dan juga lembut seperti bontot bayi, yang turut disertakan dengan mata yang hanya boleh nampak 1/10 daripadanya (dalam erti kata lain, mata sepet ya! Cuma ini versi sopan sedikit) memberinya ciri ciri seperti orang Korea. 


Asma dan Khairah pula telah keluar dari Alsagoff sejak dua tahun yang lalu :(


Dan, Sarah Noor Ain heheh saya sayang awak k. 

Maaf Cikgu diatas gambar yang terlalu banyak walaupun Cikgu hanya meminta gambar bersama sahabat baik yang paling saya suka. Jika disini maksud cikgu seorang sahabat baik yang paling saya suka, saya ingin meminta maaf sebelumnya. Kerana bagi saya, mereka semuanya kawan baik saya. Mungkin, saya meluangkan masa lebih banyak bersama mereka jika ingin dibandingkan dengan keluarga saya sendiri (mana kan tidak balik rumah dah nak dekat maghrib, makan solat rehat tidur.. aik, besok muka dorang lagi yang saya kena pandang. Begitu lah rutin seharian saya). Jika apa yang dimaksudkan cikgu ialah satu gambar sahaja, sekali lagi saya ingin memohon maaf ya. Saya tidak tahu hendak memilih mana satu! Semua nya comel comel belaka (walaupun alasan sebenar ialah saya ingin menjadikan blog ini sebagai tempat menyimpan memori manis bersama rakan rakan seperjuangan saya hehehe) 

Sampai disini sahaja, jumpa lagi di entri yang seterusnya! 


Xoxo,
Isabelle  ♥