Sunday, 27 July 2014

Hari Kelima | Betapa Penting Pendidikan Bagi Saya


Salam sayang Cikgu Nir heheheh (bila la mau game adui haha) 

Hari kelima yang berjodolkan Pendidikan ini merupakan satu satunya topik yang agak serius ya bagi projek 10 hari ini, jika ingin dibandingkan dengan topik-topik yang lain (oleh itu, mode serius : on). 

Pada era moden zaman kini, pendidikan merupakan salah satu perkara yang boleh dikategorikan dalam list terpenting. Soalan pertama yang diajukan semasa "interview" pekerjaan ialah setinggi manakah kelulusan yang kita miliki (maksud pertama disini ialah selepas ditanya namanya, umurnya dan sebagainya lah. Itu pun saya tahu hehe).

Ya, pendidikan sangat sangat penting bagi saya dan juga bagi setiap individu lain. Manakan tidak, sekarang bila berjumpa dengan bakal ibu bapa mertua untuk memetik bunga di kebun (ceh bila saja masa saya hahahahahah), salah satu soalan yang ditanya oleh kebanyakkan ibu bapa ialah setinggi mana pembelajaran yang kita ada. Ini disebabkan jika seseorang itu, seperti contoh mempunyai kelulusan universiti, sudah pasti ibu bapa si wanita tidak lagi akan merasa bimbang untuk mengahwinkan mereka kerana kehidupan anaknya akan terjamin, lagi lagi jika ingin dilihat pada konteks Singapura hari ini. 


Trek tepi kejap hehehe.. (lebih dikenali sebagai side track ya hahah), Cikgu carilah saya! Wah tak sangka ya teman teman, Cikgu Suhana sudah pun mengajar saya ketika saya masih lagi berada di peringkat tadika (get it? Please jangan cakap tak hahaha) Ok, dah jumpa? Kalau sudah, sebelum apa apa, saya ingin meminta maaf jikalau Cikgu terasa rimas ke apa dengan stail tudung ala ala Maarif saya itu (Ya teman-teman, jangan terperanjat atau terpegun, saya yang di barisan pertama, kedua dari kanan itu ya bukan kedua dari kiri. Jangan main kasar sangat, raya nak dekat! Haha) Apa nak buat, bila kecil sahaja saya swek - pandai naik naikkan tudung segala. Sekarang dah besar minta kena whack. Mungkin dibelakang saya itu "geng" tudung pendek saya ya hahaha (ada hati lagi dulu nak pakai tudung pendek. Nasib baik tak kena syarah ke, stare ke.. Kalau sekarang berani sangat, pakailah! Tengok apa jadi nanti haha). 

Gambar ini diambil semasa masih lagi di Nursery iaitu pada umur 4 tahun! Begitu pentingnya pendidikan pada zaman kini sehingga pada umur serendah 4 tahun sudah disediakan tempat belajar. Mana lah tidak perangai remaja kini, masih lagi seperti kanan kanak, yang menonton Barbie lah Princess lah. Mungkin semasa kecil dahulu beliau tidak sempat, disebabkan kesuntukan waktu (hahaha cikgu paham tak apa saya nak sampai kan? Saya rasa macam belit sangat tapi.. dah memang dalam darah daging saya. Jadi cikgu tak boleh salah kan saya la kan hahah) 

Saya pasti jika awak cintakan seseorang lelaki separuh jiwa awak pun (remaja zaman kini kan kadang suka "Baby, you are half of me" segala) awak tetap akan risau jika kelulusan dia hanya setakat peperiksaan peringkat O dan ada hati hendak mengajak awak membina masjid bersama. Lainlah ceritanya jika dia itu seorang pelukis ke, pelakon ke, anak tauke sos cili ke. Yang Steve Job , Bill Gates itu semua hanya lah 1/382829383891 peratus yang gagal semasa persekolahan tetapi akhirnya berjaya, jangan tersilap ya! Hehehe ok la jumpa lagi selepas ini! 


Update: Terpaksa saya letakkan bukti bahawa yang kedua dari kanan itu memanglah saya memandangkan ada segelintir yang bersangka saya kedua dari kiri :( 

 Xoxo,
Isabelle 

No comments:

Post a Comment