Sunday, 3 August 2014

Hari Kelapan | Lagu Yang Kena Dengan Mood Saya Sekarang


Salam sayang Cikgu Nir heheh. 

Ok bagi soalan ini sudah pasti semua sudah dapat meneka lagu apa yang kena dengan mood saya, dan pastinya bagi yang lain juga! Iaitu, yang mempunyai hubungan dengan Hari Raya! Seperti tahun tahun yang lepas, terdapat satu lagu raya yang akan menjadi pilihan "replay song" bila raya hendak tiba sehinggalah raya pun pergi meninggalkan kami. Ya, sudah pasti lagu tersebut akan bertukar setiap tahun dan apabila saya mendengar semula lagu itu pada bila bila waktu, akan terkenang kesemua kenangan manis yang berlaku pada raya tahun tersebut. Coolz tak? (Walaupun saya sedar ia sebenarnya aneh. Tetapi, mana ada manusia yang mengaku dirinya aneh? Hehehekzzz).  Bagi tahun ini, lagu apa dan penyanyi mana yang menjadi pilihan saya?


Hari Raya - Iamneeta & Najwa Latif
Hari Raya
Genap sudah sebulan berpuasa
Hari Raya
Mari ramai-ramai kita gembira

Di hari raya
Kita saling bermaaf-maafan
Hari Raya
Mari ramai-ramai jemput ke rumah

Sesudah sebulan kita berpuasa
Menahan lapar dan juga dahaga
Erti puasa memberikan kita
Nikmat sebenar hari aidilfitri

[*] Hari Raya
Genap sudah sebulan berpuasa
Hari Ra-a-a-ya
Mari ramai-ramai kita gembira
Di hari raya
Kita saling bermaaf-maafan
Hari Ra-a-a-ya
Mari ramai-ramai jemput ke rumah

Mari balik kampung
Jumpa ayah ibunda
Mari balik kampung
Kita rai lebaran 

Soalan nya, mengapa lagu ini yang saya pilih? Ahhh itu dia. Rancak lagu ini (bagi saya seorang mungkin hehe) memberi saya "feel" seperti menyambut raya tahun ini di kampung pada hari pertama! Alamak, aneh lagi hehe. Lirik lagu tersebut yang menyebut tentang balik kampung betul betul membuatkan saya ingin menjadikan impian saya sebagai satu realiti. Sejak kecil lagi saya sudah mempunyai keinginan untuk menyambut raya di kampung! Suasana nya lebih meriah, lebih seronok dan banyak lagilah lebih. Pada malam raya, mereka sudah pun berkumpul di kampung masing masing, tidak seperti kami semua yang ada di Singapura. Malam raya masih lagi berkemas, memasang langsir dan sebagainya di rumah masing masing. Tak seronok lah gitu! 

Saya pasti ada yang "eh zah (atau belle dengan nama manja heh), bukan setiap hari kedua raya awak pergi Malaysia balik kampung ke?". Ya benar, akan tetapi kampung yang saya maksudkan disini ialah yang dibuat dari papan ya, bukan batu! Saya rasa kesemua kampung saudara mara yang saya ada di sana, tiada satu pun yang dibuat dari papan. Ok tidak, mereka tidak tinggal di kampung pun malah rumah seperti banglo dan teres. Cuma segelintir dari mereka yang masih tinggal di kampung yang dibuat dari batu. Sungguh merugikan. Tetapi, tetap alhamdulillah! Saya bersyukur mempunyai ramai saudara mara disana yang membuatkan saya tertunggu tunggu untuk meraikan raya kedua di kampung! (jika ingin dibandingkan dengan raya hari pertama, jujur dari hati yang murni ini hahahah). Tidak semua yang mendapat peluang sebegini. 

Jadi, harapan saya sekarang ialah.. Dapat berkahwin dengan orang sana supaya impian saya menjadi suatu kenyataan hahaha. Ala, not bad apa orang Malaysia yang anak Dato ke anak Tauke sos ke atau mungkin..... Seorang penulis buku seperti Cikgu Nir? Heheheh. Mereka lagi kaya dari orang Singapura. Malah, ada yang lebih "handsome" daripada yang ada di sini. Betul tak cikgu? Berani cikgu cakap tak ehhhhhh. Ingat saya tidak tahu ke siapa bakal *ehem* suami cikgu hehehekzzz. Jangan lupa jemput, saya tunggu ya kad undangan perkahwinan Cikgu #taktaumalu. 

Ps, lagu bagi raya tahun lepas 2013 ialah 10 Jari Aidilfitri - Forteen 


 Xoxo,
Isabelle ♥

No comments:

Post a Comment