Salam mahabbah Cikgu Nir hehe.
Wah senangnya topik hari ini! Kenapa la tidak semua yang seperti ini? Kan senang, saya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk memikirkan apa yang ingin dituliskan. Mana lah tahu kalau tulis lebih lebih nanti semua Cikgu tahu pasal saya dah tak seronok la! Apa yang nanti tinggal untuk heheh si bakal ok bye.
Soalan yang mudah bagi saya dan sudah pasti bagi yang lain juga! Dan.. Saya perasan terdapat beberapa teman lain juga memilih kedai yang sama iaitu.. Ya betul itu! Kedai Lapan Belas Pemasak, yang lebih dikenali (dan hanya dikenali saya rasa heheks) sebagai Eighteen Chefs! Saya pasti cikgu sudah bosan membaca perkara yang hampir sama di setiap blog kami yang memilih 18 Chefs disebabkan harganya yang murah dan lumayan, tidak lupa juga dengan keenakannya sekali! (Manakan tidak orang Cina yang masak, dah masuk tandas tak pakai air, keluar pun tak cuci tangan hahah). Tetapi, apa boleh buat. Perkara perkara itu yang membuat kedai ini menjadi pilihan heheks.
Disebabkan kedai ini baru juga dikenalkan pada tahun lepas, mereka mempunyai strategi yang amat berkesan untuk menarik perhatian umum lebih lebih lagi para pelajar dengan memberikan harga pelajar yang sangat berpatutan. Dengan enam ringgit empat posen harga Singapura, seorang pelajar boleh membeli sepinggan nasi, air teh O' ais limau dan satu sudu (maksud saya "scoop" haha) ais krim. Murah bukan? Siapa yang tidak suka pada benda yang murah? Yang pasti, bukan saya ya!
Lebih lagi dengan hajat memboikot kedai makan kegemaran kebanyakkan remaja; McDonald's, tempat ini yang akan menjadi pilihan kita! Selain itu, tempat ini juga lebih sihat jika ingin dibandingkan dengan makanan segera yang sudah pun terbukti amat berbahaya untuk kesihatan badan (fakta untuk menyedapkan hati sendiri supaya tidak terasa sedih)!
Disini terdapat beberapa kenangan bersama "ma baes" (awww sweet nya heheks) ;
Selepas penat berperah otak ketika peperiksaan semester pertama, kami membuat keputusan untuk menggembirakan perut kami serta meluangkan masa bersama dengan yang tercinta di Eighteen Chefs. Kata orang perut kenyang, hati pun senang!
Bagi gambar ini pula saya kurang pasti ya, maaf hehe
Waaah sudah pasti ramai yang ingin meluangkan masa mereka yang sangat berharga itu, bersama kedua dua Sibawieh Alsagoff! Alhamdulillah, terasa amat beruntung dapat meluangkan masa sambil makan bersama mereka walaupun terdapat masa di mana saya terasa kurang pandai ketika bersembang bersama hahahahahahahahah. (Sebenarnya Hanisah sendiri yang meminta saya meletak gambar ini di blog saya ya hahaha)
Selain itu terdapat banyak juga kedai makan kegemaran saya seperti Manhattan Fish Market, Nando's atau dimana mana kedai yang menyediakan makanan laut. Tetapi seperti apa yang sudah saya katakan sebelum ini, kedai ini sahaja yang mampu saya bayar ketika bersama teman teman, kerana "instant cash" saya yakni ibu bapa saya, tidak ada disaat itu hahaha.
Baiklah, jumpa lagi pada blog entri yang terakhir *wohooo*
Xoxo,
Isabelle ♥




No comments:
Post a Comment