Friday, 1 August 2014

Hari Ketujuh | Majlis Perkahwinan Idaman Saya


Salam sayang Cikgu Nir! Hehe.

Waduhh waduh waduh. Malu lah saya nak pandang cikgu lepas ini! Semua rahsia saya sudah ada di genggaman cikgu! Nasib baik tidak ada soalan tentang berapa jumlah anak yang saya inginkan! (heheks main main je, sayang cikgu!)

Bagi menjawab soalan ini, saya pasti ramai juga dari teman teman saya sudah tahu tentang rancangan saya. Senang sahaja, kita buat setakat apa yang wajib. Di pagi hari, kita pergi ke Masjid Sultan bagi majlis akad nikah berserta para undangan yang terdekat dengan ahli keluarga kedua dua pihak. Saya pernah juga terfikir untuk mengadakan akad nikah saya dengan disaksikan rumah Allah yang indah itu (feeling macam ashraf muslim ah gitu. Tetapi part payung emas tu heheh tak payah lah, rela hati saya tolak ya!). Akan tetapi saya sedar amat sukar untuk menjadikan impian saya sebagai satu kenyataan (disebabkan visa, mahram dan sebagainya), dengan cara lain terpaksalah saya buat di rumah saya sahaja iaitu di ruang solat. 


Hehehekzzz. Pun jadi lah kan? Akad nikah yang berlatar belakangkan Kaabah. Fuh, mantap haha. Nanti dalam gambar boleh nampak macam "real" (walaupun saya sedar tak nampak real sangat tapi.. Kenapa tidak (why not) hahahah). Jadi cukup la setakat ini jika saya dijodohkan dengan anak tok imam masjid. Saya pun nak zuhud macam nisah yang menginginkan temu janjinya di adakan di warung! (Jez kidding. Lurve nisah foreverzzz hehe)



Disebabkan saya orangnya agak "simple" saya inginkan majlis perkahwinan yang ringkas tetapi lawa. Bagi saya, (bagi saya seorang eh yang lain jangan terasa ke macam ouch ke tak payah la hahah) tak perlulah kita membazir wang semata mata untuk mengadakan majlis besar besaran atau mendapat pujian dari orang ramai. Memang benar, sedap dengar bila orang puji, tetapi kalau hanya setakat buat sehari buat apa? Buat hari hari lain, berdarah asik mendengar orang cakap pasal hutang keliling pinggang. Selepas hari itu tiada siapa lagi yang akan ingat betapa besarnya walimah yang kita adakan itu, kecuali kita sendiri (disebabkan penderitaan yang dihadapi selepas itu haha).




Saya rasa mungkin pada hari perkahwinan saya nanti saya hanya ingin menyediakan makanan ringan sebegini. Nasi beriyani ke nasi minyak ke lauk merah ke semua tak ada. Mana tidak, dah penat penat saya bersiap, beli baju kawin segala, tetapi tidak ada yang pandang saya disebabkan semua sibuk makan. Apa guna mendapat gelaran raja sehari tetapi tidak ada yang pandang? Buang duit je cheeet. Hahaha cikgu tolong eh jangan macam "kenapa dengan budak ni, tak nak siap kan makan la apa la.. Tak apa mungkin dah besar nanti bila nak kawin dia paham". Ye la mana tidak, cikgu bagi soalan yang belum perna terlintas dalam fikiran saya pun (Ceeeeeh bedek seh haha). Tetapi alhamdulillah selepas memikirkan apa yang ingin dituliskan untuk topik hari ini, saya sudah sedikit sebanyak dapat membayangkan betapa seronokanya majlis perkahwinan saya nanti! Awww saya pasti Cikgu sudah dapat membayangkan majlis perkahwinan cikgu dengan si 🐧 tahun depan nanti bukan?! Alalala. 

Balik kepada topik, dari gambar gambar di atas sudah pasti lokasi yang diinginkan tidak ada di Singapura. Jadi, nak tak nak hehehe terpaksa saya berkahwin di Germany. Mana tahu ada doktor yang sudah dijodohkan tuhan untuk saya? (Hahahah ok merepek just cut this off)

Selapas itu.. Apa lagi! (Maaf cikgu kalau selepas ini nampak macam mentel sangat ke apa hahahahahah tapi, cikgu da tanya kan, jadi saya jujur k) Kapal terbang pasti telah menunggu kami untuk ke destinasi bulan madu kami! Awww seronoknya! Disana boleh la kita mengambil gambar "post wedding" bersama si dia. 



Olah Cikgu saya rasa sudah terlalu banyak yang saya kongsi kan untuk topik hari ini dan saya rasa cukuplah sampai disini sahaja. Cikgu pun mesti tak larat nak baca panjang panjang. Kalau seronok tu lain laaaa kisah dia haha. 


 Xoxo,
Isabelle ♥

No comments:

Post a Comment