Monday, 4 August 2014

Hari Kesepuluh | Gambar Barang Terakhir Yang Saya Beli


Salam sayang (yang terakhir) Cikgu Nir hehe. 

Hmmm barang yang terakhir saya beli? Banyak! Tetapi.. Kesemuanya dengan menggunakan wang ibu bapa. Barang raya apa, tak salah pakai duit mereka sekali sekala heheks. Kalau pakai duit saya pula.. Mana lah saya ingat Cikgu! Hahahaha. Disebabkan sayang saya pada Cikgu, saya sanggup memikir buat seketika barang apa yang terakhir dibeli sehinggalah saya sudah pun ingat. 

Dengan menggunakan wang, barang terakhir yang saya beli ialah.... Heheheheh



Iya, betul apa yang awak lihat itu! Lilin "Merry Cookie" dari kedai kedua kegemaran saya (yang pertama sudah pasti Yankee Candle disebabkan harganya yang lebih murah berbanding yang ini hahah), Bath and Body Works! Terdapat beberapa lagi barang yang dibeli apabila berada di sana tetapi memandangkan cikgu hanya minta satu.. Hahah. Kedai ini baru juga di buka pada awal tahun ini di.. Ala barang mahal sudah pasti di tempat yang mahal bukan? Jadi satu satunya kedai BBW yang pertama di buka di Asia ialah di Marina Bay Sands Shoppe, Singapura. Pertama kali ketika saya pergi ke sana bersama kakak Dpi 2; Shafikah dan Mira, saya sudah pun jatuh cinta dengan kedai tersebut. Itu yang membuatkan saya mengambil keputusan untuk pergi ke sana buat kali kedua walaupun selepas keluar dari kedai tersebut, dompet saya seperti "terbakar", kosong. Boleh jadi gila ketika melihat barang barang yang dijual, tidak kira minyak wangi atau lilin dan sebagainya! Apa apa pun yang berbau wangi sudah pasti akan menjadi kegilaan saya. 

Selama ini saya hanya dapat melihat barang barang itu dari laman web YouTube. Tidak sangka saya sudah dapat melihat dan memilikinya sendiri! 

Manakala, secara online pula saya membeli.. Alamak hahaha. Mungkin cikgu akan kata saya "obsess" dengan barang ini tetapi, dah cikgu tanya terpaksa saya jawab. 


 Ya hehehe! Lilin yang berbau "vanila cupcake" dari kedai kegemaran saya (seperti yang sudah disebutkan diatas..) Yankee Candle! 'Ya ampun, baunya enak banget dah saya nggak bergurau. Kalau nggak percaya, cuba sendiri dong'. Saya berasa sangat gembira apabila lilin ini tiba di depan pintu rumah! Rasa seperti mendapat hadiah, cuma bezanya ia dibeli dengan menggunakan wang sendiri ya hahaha. 

Waduhhhhhh selama ini tidak sabar rasanya hendak menghabiskan blog sepuluh hari ini. Tetapi bila sudah tiba di pengakhiran, terdapat perasaan sedih di hati yang kecil ini. Tak dapat saya nak kongsi rahsia pasal anak nanti cikgu hahaha k merepek. Ok la, sampai disini sahaja.. Oh ya! Maafkan saya jika blog ini sangat membosankan! Saya mengakhiri penulisan blog saya dengan, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 Xoxo,
Isabelle ♥

No comments:

Post a Comment