Sunday, 27 July 2014

Hari Keenam | Gambar Haiwan Yang Saya Ingin Jadikan Haiwan Peliharaan


Salam sayang dan mahabbah Cikgu Nir! Buat kali yang keenam (baru keenam?!? Alaaa.. sabar je zah lagi empat hari sahaja, awak pasti boleh!) 

Hehehe ok jadi topik kita pada hari ini agak seronok kerana ia merupakan tentang haiwan peliharaan yang saya inginkan! Jadi.. Apakah yang menjadi pilihan saya rasa rasanya? Hmmm saya rasa apa yang awak sedang fikirkan itu salah ya! Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya pun untuk memelihara Arnab. Kerana apa? Najis yang dikeluarkan arnab akan membuat saya terasa geli untuk meminum air kegemaran saya iaitu "bubble tea". Pasti ada yang tertanya apa kena mengena air itu dengan najis arnab? (Kalau sudah tahu, alhamdulillah. Tapi ini hanya maklumat bagi yang tidak tahu. Saya pun nak jugak orang menimba ilmu bila baca blog saya!) Hahhhh itu dia! Kalau awak semua nak tahu, najis arnab itu rupanya seperti "black pearl" yang ada pada air tersebut. (Sabar, kenapa da macam ajar budak budak ni hmmm krik...) ok yang pasti kalau hendak tahu lebih lanjut sila rujuk kepada Sheikh Google ya! Tak ingin saya ada gambar najis arnab di blog saya ini hahaha. 

Ok balik ke topik asal (sorry la saya ini berbangsa India. Jadi maaf lah kalau saya terlalu belit ketika menulis heheks), binatang yang saya ingin cuba untuk memelihara buat kali ini ialah... Babi Guinea (yang terlebih kenal sebagai Guinea Pig), tapi jangan silap! Mereka tidak mempunyai sebarang ciri yang sama dengan babi pun! Rupanya seperti ini.. 


Alololo comel bukan? Walaupun saya mengaku saya lebih suka binatang yang boleh dipeluk sambil meraba bulunya (hahaha rasanya perkataan meraba tidak kena pada konteks ini, tapi.. Ala paham paham je la hehe) seperti kucing. Akan tetapi disebabkan saya pernah memelihara lebih dari 15 kencing, saya rasa sudah tiba masanya saya cuba binatang lain (Awwww tiba tiba saya teringat kenangan menjaga 12 kucing sekaligus sehingga terdapat sebuah bilik khas untuk mereka!).

Oleh kerana saya rasa takut untuk memegang binatang seperti Hamster (anehnya saya pernah memelihara 4 ekor dahulu!) disebabkan saiz badan mereka yang sangat kecil, saya rasa Guinea Pig ini adalah pilihan yang sangat tepat! 



Ahhhh comel sangat! Yang lebih menarik perhatian saya ialah hidung dan mulut mereka! Selain itu mereka hanya memakan makanan sihat seperti sayur sayuran dan buah buahan. Bererti peluang untuk mereka mencuri makanan saya sangatlah rendah, tidak seperti kucing kucing yang pernah saya pelihara dahulu! (nak makan pun tak tenang asik lompat naik meja makan. Nanti dah curi ayam, bawak lari abeh sembunyi makan, konon konon tak nak share. Geram nyaaa hehhh). 

Ok lah saya rasa sudah cukup panjang! Jumpa lagi.. Seperti biasa. Hahaha


Xoxo, 
Isabelle ♥

No comments:

Post a Comment