Salam sayang Cikgu Nir (lagi sekali) hehe.
Bagi entri keempat ini, Cikgu hanya meminta gambar bersama teman baik jadi adakah ia bermakna saya harus memberi 200 gambar untuk memenuhi syarat sekurang kurangnya 200 perkataan? Waduhhh boleh sahaja kerana saya pun sudah penat menaip hehehe (hanya mengikut apa yang diminta ya!)
Bersama "tomato puree" kami, Mawaddah Karimah (kedua dari kanan yang kini telah berhijrah ke Madrasah Aljunied kerana sudah terlalu bosan dengan sekolah sendiri. Hahaha ok tidak. Untuk mengejar masa depan yang diimpikan). Beliau satu-satunya kawan yang mampu menukar warna mukanya dalam masa sekelip mata! Suruh sahaja dia berdiri di depan khalayak ramai, mukanya pasti tukar menjadi kemerah-merahan.
Jalan Raya "tiba-tiba" (lebih dikenali sebagai impromptu hahah). Dalam gambar ini pula terdapat seorang sahabat kami yang sudah mengangkat kaki keluar dari sekolah tercinta disebabkan minatnya pada seni. Alhamdulillah Sofiy Asadi (bertudung coklat) sekarang sudah pun berada di sekolah yang diminatinya, NAFA.
Alalala comelnya satu satu hehehe. Gambar ini dipetik semasa waktu peperiksaan Olevel. Disini, Aishah Amad sudah pun berada di Madrasah Wak Tanjong (yang melipat tudungnya atas kaca mata - pelik kan? Tetapi sekarang selepas berada di MWTI sudah pun berubah stail nya, tidak lagi seperti Cikgu Suhana. Tudung mesti mau ada jaga babe. Mana tau nanti ada yang nak masuk minang ke.. ). Lagi pelik lagi, pada mula nya Darwisyah Putri Binte Anuar (!!!) merupakan jin segala jin yang menghasut hampir kesemua rakannya untuk turut serta masuk ke Wak Tanjong. Tetapi akhirnya, batang hidungnya juga yang saya nampak masih ada di Alsagoff hahahah.
Selain itu Atiqah Biden (paling atas), yang merupakan Raja segala "burp" dalam kelas kami atau mungkin dalam hidup saya juga, telah pun menyambung pelajarannya di Nanyang Poly. Hahaha ini jujur ya bukan hiperbola! Masih lagi di bulan Ramadhan mana boleh tipu kan? (Disclaimer: saya sudah pun meminta izin daripadanya untuk menulis ini di blog saya. Jadi ia bukan seperti "ayooo zah bukak aib dia depan Cikgu Nir" atau "ayooo mengumpat" ya! Isya, jangan risau jangan bimbang, anda di tempat kedua heheh.
Awww. Di gambar ini pula, Zafirah telah membuat keputusan untuk melarikan diri ke Republic Poly. Mungkin disebabkan tekanan yang dialaminya di Alsagoff membuatnya tidak lagi berdaya mengangkat kepalanya. Alhamdulillah, kepala berat kira ilmunya lebih banyak dari apa yang mampu diterimanya.
Gadis yang turut memakai kaca mata hitam, yang ada dibahagian paling kanan itu.. Ala takkan Cikgu tak kenal kan? Mustahil. Berkali kali namanya disebut di Bahas 4pm sebagai pembahas terbaik. Ya jangan terkejut, dia merupakan mantan pelajar Alsagoff ya! Ain Syabana juga, alhamdulillah, sekarang selamat di MWTI atas kehendak sendiri bukan atas hasutan Darwisyah haha.
Heheheheh Nur Syakirah! Dia merupakan salah satu teman yang paling rapat dan alhamdulillah masih lagi rapat hingga kini (dan selama lama nya inshallah hehehe). Walaupun pada awalnya saya agak sedih apabila dia membuat keputusan untuk menyambungkan pelajarannya di Al-Maarif kerana ia hanya bererti kita tidak lagi dapat bertemu sesering dahulu. Akan tetapi, siapa kata kita harus bertemu setiap hari untuk tetap menjadi teman baik? #ameeeqs
Ini hanya lah gambar "selitan" hehehe ok bye gambar seterusnya..
Di gambar ini pula Hanania Khiyarah (paling belakang), sudah pun turut pergi ke MWTI. Seramai 4 rakan kami yang telah pun membuat keputusan untuk menambahkan jumlah pelajar di sekolah Barney (sudah termasuk dua tiga yang dihasuti Dariwsyah ya jangan lupa).
Muka seposen selepas kertas peperiksaan Olevel yang terakhir iaitu Sastera (let's take a moment and appreciate muka Sakinah hahaha nak step cute lagi, menyamps). Heheh ok Cikgu nampak tak yang di sebelah saya itu? Yang comel comel ala Korea. Bukan Aisyah selamat ya, itu Melayu asli, kalau nak cakap comel pun hmmmm tak payah la. Yang di sebelah kiri saya! Disebabkan adanya Nurul Nazurah di kelas kami, ia sedikit sebanyak memberi saya "feel" seperti berada di negara Korea! Mukanya yang putih lagi melepak (haha ada such thing kan Cikgu?) dan juga lembut seperti bontot bayi, yang turut disertakan dengan mata yang hanya boleh nampak 1/10 daripadanya (dalam erti kata lain, mata sepet ya! Cuma ini versi sopan sedikit) memberinya ciri ciri seperti orang Korea.
Asma dan Khairah pula telah keluar dari Alsagoff sejak dua tahun yang lalu :(
Maaf Cikgu diatas gambar yang terlalu banyak walaupun Cikgu hanya meminta gambar bersama sahabat baik yang paling saya suka. Jika disini maksud cikgu seorang sahabat baik yang paling saya suka, saya ingin meminta maaf sebelumnya. Kerana bagi saya, mereka semuanya kawan baik saya. Mungkin, saya meluangkan masa lebih banyak bersama mereka jika ingin dibandingkan dengan keluarga saya sendiri (mana kan tidak balik rumah dah nak dekat maghrib, makan solat rehat tidur.. aik, besok muka dorang lagi yang saya kena pandang. Begitu lah rutin seharian saya). Jika apa yang dimaksudkan cikgu ialah satu gambar sahaja, sekali lagi saya ingin memohon maaf ya. Saya tidak tahu hendak memilih mana satu! Semua nya comel comel belaka (walaupun alasan sebenar ialah saya ingin menjadikan blog ini sebagai tempat menyimpan memori manis bersama rakan rakan seperjuangan saya hehehe)
Sampai disini sahaja, jumpa lagi di entri yang seterusnya!
Xoxo,
Isabelle ♥










Ye ye alasan nak letak gambar yg membuat hidong dan bibir i menyerlah SHINEEEE HAHAHAHAHAHHAH
ReplyDeleteOMO OMO MUKA I ADA MAKNENYA YOU SUKA I �� DALAM DIAM !
ReplyDelete