Friday, 25 July 2014

Hari Ketiga | Idea Saya Tentang Temu Janji Pertama Yang Sempurna


Salam sayang Cikgu Nir (sekali lagi) hehe.

Wah cikgu nak sahaja tau semua rahsia kita eh hahah. Ok jadi bagi entri yang ketiga ini, ia sebenarnya tidak lah begitu susah untuk memikirkan idea bagi temu janji yang sempurna itu kerana bagi saya, terdapat hanya satu cara yang akan membuatkan saya bahagia! 


Iya betul tu, tempatnya ialah Universal Studios of Singapore. Sebenarnya saya tidaklah mengkhususkan kepada USS sahaja kerana saya boleh pergi ke mana sahaja asalkan ia merupakan taman hiburan (yang dikenali sebagai amuzement park ya!). Akan tetapi seperti apa yang kita sedia maklum, Singapura ini negara yang kecil, taman hiburan pun hanya ada satu, jadi USS inilah satu satunya pilihan yang ada. Lain lah ceritanya kalau temu janji itu diadakan di negara orang (mana tau temu janji pertama tu bila berbulan madu ke.. Huh hahah). 




Wah dengan melihat gambar gambar diatas sahaja sudah boleh membuat saya berimaginasi tentang keadaan temu janji saya yang pertama dengan.. Si dia sudah pasti hehehe. Kalau temu janji yang pertama kira sebelum ini belum pernah keluar berduaan bukan? Jadi sudah pasti jika kita baru bertemu buat kali pertama untuk meluangkan masa bersama tanpa orang ketiga, mungkin suasananya sangat janggal di saat saat permulaan (first time apa keluar dua orang dengan lelaki, mesti la paiseh kan? Haha. Kecuali kalau hmmm.. Da biasa la kan hahaha). Bagi mengatasi "masalah" tersebut saya cadangkan kita pergi meluangkan masa bersama di sana dahulu dimana kita dapat menaiki permainan yang telah disediakan sambil berjalan melihat keindahan struktur bangunan tersebut, sebelum pergi ke kedai makan dimana terdapat dua perkara sahaja yang boleh kita lakukan disana, iaitu makan dan yang kedua, memandang mukanya sambil bercerita (hahahahahahahahah awkward nya! Why cikgu whyyyy this question! Orang tengah sibuk nak raya da suruh pikir pasal first date segala :p). 

Selepas menghabiskan masa lebih kurang seharian di sana, sudah pasti perut pun sudah mula berbunyi sebagai tanda diminta untuk diisi. Selain itu, inshallah tiada lagi perasaan janggal diantara satu sama lain. Di saat ini kalau hendak pergi ke kedai makan tidak lah rasa segan lagi seperti sebelumnya! 

Jadi kedai makan seperti mana yang menjadi pilihan saya? Di tepi pantai atau di hotel? Atau mungkin di warung? Semuanya tidak. Bagi saya makan di playground pun boleh! Hahah ok tidak itu hanya setakat gurauan sahaja. Saya akan memilih untuk makan di kedai seafood - butter chicken, cereal prawn, nasi goreng Cina (waduhhh sedapnya!). Ya disitu kalau hendak pandang muka si dia silakan. Asalkan sudah halal, inshallah mendapat pahala k hahaha.  Bagi saya, tidak payahlah bersusah payah untuk mengadakan di tempat-tempat yang romantis seperti di tepi pantai (kalau angin kencang nak makan pun susah. Alas meja asik terbang terbang je. Nanti muka bingit semua suami nampak, dah tak romantis lah gitu kan? Hahah k merepek) atau mungkin restoran yang mahal seperti hotel dan sebagainya. Lebih jauh dari mereka yang inginkan temu janji mereka diadakan di warung atau kedai kopi..?!? Ini temu janji tau. Kalau temu janji makan dekat warung mungkin.. alhamdulillah la, zuhud! (hahaha love you nisah jangan marah k). 

Saya rasa sudah cukup banyak saya ceritakan rahsia saya pada Cikgu dan saya rasa cukup sampai disini sahaja lah, tak boleh lebih lebih. Jumpa lagi di post entri yang akan datang! 


Xoxo, 
Isabelle ♥

2 comments:

  1. Ehem, mengata orang nampak HAHAHAHAHAHA!

    ReplyDelete
  2. Hahahaha benda baik apa salah nya. Zuhud, save money lagi. So.. Why not? Hahaha

    ReplyDelete