Salam sayang Cikgu Nir hehe.
Jadi bagi blog entri kedua ini bagi saya ia agak susah untuk memilih salah satu dari kesemua filem filem Melayu yang pernah saya tonton. Ia kerana terdapat terlalu banyak yang telah saya tonton disebabkan kesukaan saya pada cerita cerita Melayu. Senaraikan sahaja, saya pasti mengetahui kesemuanya. Jadi disebabkan kesuntukan waktu untuk memikirkan sedalam dalam nya, terdapat dua filem Melayu ini yang terlintas di fikiran saya.
Im Not Single - Aku Bukan Bujang
Lakonan dari bintang popular seperti Lisa Surihani dan Farid Kamil ini, mengisahkan tentang kedua pasangan yang terpaksa kawin pada usia muda atas rancangan ibu bapa mereka (plot cerita yang paling saya minati walaupun terdapat 196383 cerita yang sebegitu heheheh). Seperti apa yang sudah kita ketahui, sudah pasti mereka akan jatuh cinta dan sebagainya di akhir cerita itu kerana begitulah plot cerita Melayu selalunya. Ya, saya mengaku atas persamaan plot cerita yang kadang membuat sesetengah merasa bosan untuk menontonnya disebabkan mereka sudah tahu kesudahan cerita itu. Akan tetapi, disebabkan kegilaan saya pada cerita Melayu, saya tidak menganggap itu sebagai satu masalah kerana sudah pasti terdapat plot dimana ia berlainan langsung, seperti cara mereka jatuh cinta pada satu sama lain..? (Awww heheh k). Selain itu, bagi saya kesemua pelakon mempunyai cara mereka yang tersendiri untuk melakonkan cerita tersebut, yang sudah semamangnya akan membuat cerita itu nampak berbeza dan menarik, walaupun mungkin terdapat sedikit plot yang bersamaan.
![]() |
Sekali lagi - Cinta Itu Milik Kita |
Bagi cerita ini pula, bagi saya plot ceritanya tidak begitu menarik. Akan tetapi disebabkan lakonan Shaheizy Sam yang menghidap autisme dalam kisah ini akan membuatkan ramai ingin menontonnya. Malah, pelakon yang sungguh berbakat, Lisa Surihani turut ada. Mia Sarah pula menambahkan "kecomelan" pada cerita itu.
Papa, I Love You
Awww dari gambar di atas itu sahaja kita boleh melihat kemesraan sesebuah keluarga. Cerita yang mengisahkan seorang bapa tunggal yang harus mencari wang untuk menara kehidupan sambil menjaga anaknya itu. Banyak yang mereka lalui bersama - dari kehilangan tempat tinggal kemudian kenderaan sehinggalah mereka berjumpa dengan Lisa Surihani, wanita yang suka bermain dengan anak kecil itu di depan sekolahnya. Pertemuan mereka membuat kehidupan mereka kemudiannya berubah sedikit demi sedikit. Hmm.. jika ingin tahu lebih lanjut, tengok lah! Saya pasti ia tidak akan membuang masa awak semua hahaha. Selain itu kisah ini tidak seperti cerita Melayu lain yang "typical" tau.
Saya rasa cukup sampai disini sahaja kerana.. Ada lagi 8 post entri yang sedang menunggu saya. Oh ya baru saya sadar ketiga tiga filem tersebut dilakonkan oleh Lisa Surihani. Sudah terang lagi bersuluh ya siapa pelakon kegemaran saya. Dah lah baik, mempunyai kecantikan semula jadi, rendah diri, pandai berlakon lagi. Senang kata, complete set lah! Ok lah jumpa lagi di post entri yang ketiga!
Xoxo,
Isabelle ♥


No comments:
Post a Comment