Thursday, 24 July 2014

Hari Pertama | Lagu Kegemaran Saya


Salam sayang Cikgu Nir hehe.

 Sebelum memulakan post entri saya yang pertama, saya ingin memohon maaf kerana kelewatan saya membuat entri pertama ini padahal teman teman saya yang lain sudah pun jauh meninggalkan saya hahaha. Sebenarnya saya bukan seperti yang lain - gembira apabila diberitahu tentang projek sebelum raya ini.

 "Blog? Selama sepuluh hari? Tak sanggup!", ah itu dia ekspresi saya. Akan tetapi disebabkan sayang saya pada Cikgu Nir, ia sedikit sebanyak memberi saya semangat untuk menaip hehehe (walaupun alasan sebenar ialah markah yang akan diambil nanti :p)

Balik ke topik asal iaitu tentang lagu kegemaran saya - topik yang boleh dikatakan agak senang bagi saya jika ingin dibandingkan dengan entri hari ketiga atau tujuh seperti contoh, walaupun mungkin sesetengah dari yang lain tidak begitu setuju dengan pendapat ini. Lagu memainkan peranan yang agak penting dalam kehidupan saya termasuklah bau bauan - yang wangi sudah pasti! (sehinggakan saya sanggup menghabiskan puluhan dolar untuk membeli lilin dari Yankee Candle hehe). Disebabkan saya orangnya tidak suka menulis diari atau blog bagi mengingati memori memori yang adakalanya manis atau sebaliknya, kedua-dua inilah yang akan memainkan peranan mereka. 


Bagi menjawab soalan yang ditanyakan, lagu kegemaran saya ialah Muhasabah Cinta yang dinyanyikan oleh Edcoustic. Pertama kali saya mendengar lagu ini ialah apabila pelakon tempatan kita, Norfasarie memuat naikkan sebuah video pendek tentang anak perempuannya Moza Alyka yang menghidapi amnioticband syndrome di Instagram. Jujur saya katakan, terdapat beberapa titis air yang mengalir apabila menonton video tersebut (hahaha emo pe kbye). Mungkin kerana saya menghayati rakaman itu yang membuat saya rasa sangat bersyukur. Anak kecil yang selalu kelihatan gembira itu akan terus membuat saya tersenyum, rasa bersyukur dengan apa yang saya miliki dan memberi semula semangat saya apabila ia hilang entah ke mana setiap kali saya melihat gambar/video beliau. Ajeeeeeeb bukan? (hahah Aisyah pls say you're reading this xx). 

Terdapat suatu ketika pada tahun ini dimana semuanya berjalan dengan cara yang tidak diingini. Saya diberikan ujian yang cukup berat sehinggakan saya tidak lagi sanggup menerimanya. Disaat itulah baru saya sadar dengan segala kenikmatan yang telah Tuhan berikan pada saya sebelum ini sehinggakan adakalanya saya lupa padaNya. Alhamdulillah, mungkin disebabkan Dia tahu saya ini lemah untuk menghadapinya sendirian, saya dikurniakan seorang teman baik yang ada disisi saya apabila saya sangat memerlukan seseorang (you know who you are bby hehe). Kata kata beliau dan lagu ini, tidak lupa juga pada kuasa Tuhan, membuatkan saya berjaya membangkitkan semula semangat saya yang sudah terhapus sebelum itu. Sehingga kini apabila saya menghadapi sebarang masalah, lagu inilah yang akan menjadi pilihan. Percaya lah, lagu ini boleh membuat anda nangis jika dihayati liriknya. Bak kata thepetitesarah: "Jika lagu ini tidak menyentuh hati si pendengar, saya cadangkan dia korek telinga." Sudah, kita tak payah emo emo lagi k. Raya nak dekat jadi kena gembira! Cukup sampai disini sahaja sebab sudah panjang saya bebel sebagai tanda maaf hehehe.

Muhasabah Cinta - Edcoustic
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Ku pasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sihat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini 
Ya Ilahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lundungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

https://m.youtube.com/watch?v=gE8OfuiUG5Y

Xoxo, 
Isabelle ♥

2 comments: